Lima Gunung Berapi Indonesia 'Mengamuk'

Diterbitkan: Khamis, 23 Julai 2015 10:54 AM

Gunung berapi Raung memuntahkan debu dan batuan setinggi dua kilometer pada Rabu.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Jika sebelum ini hanya gunung berapi Raung dan Sinabung meletus, terkini tiga lagi gunung di Indonesia, masing-masing Gamalama, Dukono dan Karangetang pula memuntahkan debu dan batuan hingga menimbulkan kebimbangan penduduk sekitarnya.

Situasi terkini yang melanda Indonesia ini menyebabkan beberapa bahagian negara itu dilitupi awan debu tebal dan tiga lapangan terbang terpaksa ditutup.

Pakar gunung berapi Indonesia, Surono berkata, gunung Raung di Pulau Jawa mula memuntahkan debu dan batuan ke udara setinggi dua kilometer sejak beberapa minggu lalu, begitu juga gunung Gamalama dan Dukono yang terletak di kepulauan Moluccas.

Bagaimanapun, keadaan diburukkan lagi selepas gunung Sinabung di Sumatera dan gunung Karangetang di pulau Siau juga meletus, pada Rabu.

Sejak bulan lalu, lebih 13,000 penduduk yang majoritinya tinggal di kaki gunung Sinabung telah dipindahkan akibat aktiviti gunung berapi berkenaan.

Kata Surono, letusan lima gunung berapi secara serentak itu bukan kejadian luar biasa.

“Penilaian kami menunjukkan tiada fenomena luar biasa yang menyebabkan letusan lima gunung berapi secara serentak ini,” jelasnya.

Menurutnya, semua letusan berkenaan berlaku secara semula jadi dan ia normal bagi negara yang mempunyai kira-kira 130 gunung berapi aktif.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pengangkutan, Julius Adravida Barata berkata, lapangan terbang Jember dan Banyuwangi ditutup lewat Selasa, manakala lapangan terbang Bali ditutup selama beberapa jam pada Rabu.

Selain itu, media tempatan turut melaporkan, 37 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali terpaksa dibatalkan.

Tags / Kata Kunci: gunung berapi , Raung , Sinabung , Moluccas

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan