Putera George Kini Berusia Dua Tahun

Diterbitkan: Rabu, 22 Julai 2015 4:15 PM

Foto yang dikeluarkan Istana Kensington menunjukkan George tersenyum riang sambil didukung ayahandanya ketika Majlis Pembaptisan adindanya, Puteri Charlotte, awal bulan ini. -foto EPA

(Ubah saiz teks)

LONDON: Putera George, pada Rabu meraikan ulang tahun keduanya, dan keluarga kerabat itu merancang untuk mengadakan perhimpunan keluarga kecil-kecilan sempena kelahiran pewaris takhta Britain dan kelahiran adik perempuannya, Puteri Charlotte.

George, Charlotte dan ibu bapa mereka Putera William dan isterinya Kate, akan meluangkan masa bersama-sama di rumah percutian mereka di Norfolk.

Cicit kepada Queen Elizabeth II itu secara langsung bakal menjadi pewaris takhta Britain datuknya, Putera Charles dan ayahnya William.

"Mereka akan menghabiskan masa secara peribadi bersama-sama sebagai sebuah keluarga," kata jurucakap Kensington Palace kepada AFP.

Sempena ulang tahun kelahirannya, pihak istana Britain mengeluarkan sekeping foto istimewa George.

Dalam foto tersebut, George dilihat tersenyum riang sambil didukung ayahandanya ketika majlis pembaptisan Charlotte, awal bulan ini.

Putera George Alexander Louis dilahirkan di Hospital St Mary di pusat bandar London pada pukul 4.24 petang, pada 22 Julai 2013 dengan berat 3.8 kilogram.

Kelahirannya disambut dengan penuh kegembiraan.

George membuat lawatan pertamanya ke luar negara ke New Zealand dan Australia pada April 2014 dan menyambut hari jadi pertamanya secara tertutup di Kensington Palace.

George telah membuat beberapa penampilan awam setakat ini, dengan ibu bapanya mahu melindunginya daripada menjadi tumpuan media.

Lawatannya untuk melihat kelahiran Charlotte yang baru lahir di Hospital St Mary adalah kali pertama dilihat di majlis awam di Britain sejak kelahirannya sendiri di hospital.

Gambar rasmi telah dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk upacara pembaptisannya.

George kali terakhir dilihat ketika pembaptisan Charlotte, di mana dia dikesan berinteraksi dengan Permaisuri, memandang ke dalam kereta sorong adiknya dan melambai kepada orang ramai.

Putera kecil ini memakai seluar pendek merah dan baju putih pada majlis itu dan penampilan ringkas itu tidak menghalangnya daripada menjadi 'trend-setter' fesyen retro.

Putera berambut perang itu sering muncul dalam pakaian yang dipakai oleh William ketika kecil.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan