IS Latih Kanak-Kanak Sembelih 'Musuh'

Diterbitkan: Isnin, 20 Julai 2015 4:38 PM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN kanak-kanak itu ditunjukkan rakaman bagaimana menyembelih manusia dan diperingatkan bahawa begitulah cara mereka perlu bertindak suatu hari nanti.

Mula-mula kanak-kanak itu mesti berlatih supaya benar-benar mahir menguasai teknik penyembelihan.

Caranya, lebih 120 kanak-kanak lelaki itu diberikan anak patung dan pedang. Arahannya - sembelih leher anak patung itu.

Namun tidak semua berjaya melakukannya. Seorang daripada mereka baru berusia 14 tahun dan diculik daripada keluarga penganut Yazidi.

"Saya mencuba sekali, dua kali, tiga kali tapi gagal. Mereka (militan Negara Islam - IS) kemudian mengajar saya cara memegang pedang dengan betul dan mengarahkan saya membayangkan sedang menyembelih orang kafir," katanya.

Menurut remaja yang diberi nama baru oleh IS sebagai Yahya itu, mereka diajar supaya melawan sesiapa saja, termasuk ibu bapa demi perjuangan yang diyakini militan sebagai benar.

Ditemui di Iraq selepas melarikan diri Yahya berkata, ada berpuluh-puluh lagi remaja Yazidi masih ditawan IS.

Yazidi adalah satu kumpulan agama minoriti dan bukan sebahagian daripada Islam.

Selepas diculik remaja Yazidi dipaksa menganut Islam dan diasuh menjadi pejuang atau pengebom berani mati untuk IS.

Pelbagai cara digunakan untuk menarik minat remaja tersebut, termasuk memberikan hadiah atau diugut.

Bulan lalu satu rakaman video disebarkan menunjukkan 25 kanak-kanak menembak mati 25 tentera Syria.

Pusat ajaran melampau IS berpusat di sekolah dan masjid sekitar wilayah yang mereka takluki.


Tags / Kata Kunci: IS , Yazidi , Yahya

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan