Waris Mangsa Nahas Germanwings Tolak Bayaran Pampasan

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2015 9:32 AM

Lokasi nahas pesawat Germanwings yang terhempas di kawasan pergunungan di Perancis pada Mac lalu.

(Ubah saiz teks)

FRANKFURT: Sebahagian waris mangsa nahas pesawat Germanwings yang terhempas pada Mac lalu menolak bayaran pampasan yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan itu sebanyak 25,000 euro (RM103,039).

Seorang peguang yang mewakili sekumpulan waris mangsa, Elmar Giemulla pada Sabtu berkata, beliau dimaklumkan oleh Germanwings menerusi surat pada awal minggu ini mengenai tawaran tersebut tidak mencukupi.

Beliau menambah, bayaran pampasan itu sepatutnya dibuat serendah enam angka.

Germanwings, anak syarikat Lufthansa bagaimanapun masih belum memberi maklum balas berhubung perkara itu.

Bukti siasatan menunjukkan pembantu juruterbang Andreas Lubitz mengunci kokpit daripada dimasuki kapten semasa dalam penerbangan 4U9525 dari Barcelona ke Duesseldord dan dengan sengaja menghempaskan pesawat itu ke kawasan pergunungan di Perancis.

Nahas itu mengorbankan kesemua 150 penumpang dan anak kapal.

Tawaran 25,000 euro itu adalah bayaran selain 50,000 euro (RM206,074) yang telah pun dibayar sebagai bantuan kewangan segera kepada waris mangsa. - REUTERS

Tags / Kata Kunci: Germanwings

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan