Ribuan Sambut Aidilfitri Di Lapangan Terbang Akibat Debu Raung

Diterbitkan: Ahad, 19 Julai 2015 3:13 PM

Warga Indonesia terpaksan bermalam di lapangan terbang untuk mengetahui penjadualan semula penerbangan mereka yang dibatalkan akibat debu Raung.

(Ubah saiz teks)

SURABAYA: Awan debu yang dihasilkan daripada letusan gunung berapi Raung mengakibatkan enam lapangan terbang di Indonesia terpaksa di tutup.

Susulan itu juga, beribu-ribu penumpang terpaksa menyambut Aidilfitri di lapangan terbang pada Jumaat.

Lapangan terbang antarabangsa Surabaya dan empat lagi lapangan terbang kecil terpaksa ditutup pada Khamis akibat letusan gunung berapi di pulau Jawa itu.

Lapangan terbang di pulau Ternate juga ditutup akibat debu tebal daripada letusan gunung berapi Gamalama.

Penumpang yang teruja untuk pulang ke kampung sempena Aidilfitri menerima berita pembatalan penerbangan mereka itu dengan hampa selepas penerbangan mereka terpaksa dibatalkan.

Situasi itu menyebabkan ramai di antara mereka terpaksa bermalam di lapangan terbang dan tidur di lantai untuk menunggu penerbangan mereka dijadual semula.

Kementerian pengangkutan berkata, lapangan terbang Surabaya dan sebuah lagi lapangan terbang kecil di Jawa Timur dibuka semula pada Jumaat. - Agensi


Tags / Kata Kunci: Raung , Aifilfitri , Surabaya , lapangan terbang

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan