MH17: Agensi Perisikan Masih Keberatan Kongsi Data Ancaman

Diterbitkan: Sabtu, 18 Julai 2015 9:21 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON/BRUSSELS: Setahun selepas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ditembak jatuh, agensi perisikan Eropah masih keberatan untuk berkongsi maklumat yang mungkin membantu syarikat penerbangan itu mengesan ancaman daripada zon konflik pada masa hadapan, demikian menurut ketua keselamatan penerbangan di rantau ini pada Jumaat.

MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lalu semasa pertempuran antara tentera Ukraine dan pemberontak pemisah pro Rusia.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperkenalkan satu sistem pemusatan notis keselamatan untuk juruterbang yang sudah dikeluarkan di seluruh dunia tetapi pengawal keselamatan Kesatuan Eropah (EU) mahu bertindak lebih jauh.

Pengarah Eksekutif Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah, Patrick Ky menggesa kesemua 28 negara Kesatuan Eropah untuk menubuhkan satu sistem amaran bagi memproses data sensitif dan mengeluarkan amaran kepada syarikat penerbangan.

Kesatuan itu telah mengadakan perbincangan dengan wakil tentera EU mengenai bagaimana sistem seperti itu akan digunakan dalam amalan penerbangan.

Namun bercakap kepada agensi berita Reuters pada majlis memperingati setahun tragedi MH17, Ky berkata rundingan berjalan agak perlahan.

"Kami membincangkan dengan negara anggota bagaimana untuk menubuhkan sistem amaran bagi syarikat penerbangan.

"Proses rundingan agak perlahan, saya perlu akui kerana kita berhadapan dengan organisasi yang tidak mahu berkongsi maklumat, khususnya agensi perisikan tentera.

"Kadang-kadang agak sukar untuk menyakinkan mereka bahawa jika mereka mempunyai beberapa maklumat, mereka perlu berkongsi dengan semua ahli EU. Tetapi tiada kemajuan dalam proses itu.

Ky berkata demikian sebagai salah seorang keluarga mangsa yang maut dalam tragedi malang itu.

Seorang pegawai EU berkata, usaha difokuskan untuk mendapatkan negara anggota bagi berkongsi penilaian risiko dengan cara yang tidak formal dan tanpa mendedahkan sumber maklumat diperolehi.

"Apa yang kami fokuskan akhirnya untuk mendapatkan nasihat berguna mengenai ruang udara tertentu. Kita tidak perlu tahu dari mana sesuatu maklumat diperolehi," katanya.

Tags / Kata Kunci: MH17 , data ancaman , EU

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan