Lelaki Bersenjata Tembak Mati Empat Tentera AS

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2015 3:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHATTANOOGA, Amerika Syarikat: Empat tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan secara terbuka di Pusat Ketenteraan AS di Tennessee pada Khamis.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengenalpasti suspek sebagai Youssuf Abdulazeez, 24, - telah ditembak mati oleh polis.

Dalam kejadian itu, tiga anggota polis dan tentera turut mengalami kecederaan.

Kejadian itu meningatkan kembali terhadap insiden tembakan terbuka yang menyaksikan 13 terbunuh pada 2009 dan 12 maut pada 2013 di Chattanooga.

Presiden AS, Barack Obama menyifatkan kejadian itu sebagai menyayat hati dan meminta warga negara berkenaan berdoa untuk ketabahan keluarga dan saudara mangsa.

"Hari ini merupakan mimpi ngeri buat Bandar Chattanooga," kata Datuk Bandar Chattanooga, Andy Berke.

Tags / Kata Kunci: Amerika Syarikat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan