Gempa Bumi Lemah 4 Skala Richter Landa Nepal

Diterbitkan: Jumaat, 17 Julai 2015 7:42 PM

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Gempa bumi berukuran 4 pada skala Richter menggegarkan Kathmandu, Nepal dan daerah berhampirannya pada Jumaat.

Menurut Pusat Seismologi Kebangsaan (NSC), pusat gempa itu ialah di Gorkha, kira-kira 100km dari sini.

Oleh itu, gegaran akibat gempa terbaru ini lebih dirasai di Gorkha dan daerah Dhading, berbanding di Kathmandu, katanya.

Bagaimanapun, bimbang berlaku satu lagi gegaran susulan, penduduk Kathmandu bergegas keluar dari rumah masing-masing menuju ke kawasan lapang dan setakat ini, tidak terdapat laporan tentang kerosakan akibat kejadian itu.

Pusat gempa bumi kuat pada 25 April lepas yang meragut nyawa hampir 9000 orang juga dikesan di Gorkha.

Sejak itu, kira-kira 30,000 gegaran susulan direkodkan, lebih kurang 400 daripadanya berukuran lebih 4 pada skala Richter.

Tags / Kata Kunci: Nepal , gempa bumi

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan