Bekas Presiden AS Dimasukkan Ke Hospital

Diterbitkan: Khamis, 16 Julai 2015 12:12 PM

George H W Bush.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George H W Bush dilaporkan terjatuh dan mengalami keretakan di tulang lehernya.

Perkara itu didedahkan berikutan laporan bahawa bekas pemimpin itu dimasukkan ke hospital sekali lagi.

"Keadaannya stabil, ia petanda yang baik, tetapi dia masih memakai pendakap leher," menurut jurucakap Bush, Jim Mc Grath di laman twitternya.

Bekas presiden berusia 91 tahun itu, dilaporkan terjatuh di Kennebunkport, Maine, pada Rabu.

Menurut agensi berita CNN, Bush sedang dirawat di sebuah hospital di bandar Portland.

Bush, antara empat presiden AS yang masih hidup dan kini menggunakan kerusi roda, kelihatan lemah ketika membuat penampilan awamnya baru-baru ini.

Pada Disember lalu, presiden ke-41 ini telah dimasukkan ke Hospital Texas kerana mengalami masalah pernafasan. 

Tags / Kata Kunci: bekas presiden , AS , George H W Bush

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan