IS Letupkan Bom Kereta, Lima Maut

Diterbitkan: Rabu, 15 Julai 2015 10:54 AM

(Ubah saiz teks)

BAGHDAD: Seramai lima orang awam terbunuh apabila kumpulan militan Negara Islam (IS) meletupkan sebuah bom kereta di bandar Khalis pada Selasa.

Letupan berhampiran rumah seorang doktor terkenal itu turut mencederakan 11 yang lain.

IS mengaku bertanggungjawab melakukan letupan itu apabila mendakwa di forum jihad bahawa kupulan berkenaan mahu menyerang militan Hashed al-Shaabi - pengganas syiah yang menentang IS.

Khalis yang terletak kira-kiraq 60 kilometer dari Baghdad sebelum diistiharkan kerajaan Iraq sebagai bebas daripada serangan IS.

Bagaimanapun sangkaan kerajaan ternyata meleset apabila IS kembali aktif menggunakan bom kereta untuk melakukan serangan yang dirasakn selamat oleh puak syiah.

Tags / Kata Kunci: Iraq , Khalis , IS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan