Seorang Maut, 12 Cedera Letupan Bom Di Selatan Thailand

Diterbitkan: Selasa, 14 Julai 2015 10:10 PM

Pikap yang dinaiki tujuh pegawai renjer melambung selepas bom yang ditanam di jalan raya meletup.

(Ubah saiz teks)

NARATHIWAT (Thailand): Sebanyak empat letupan bom berasingan berlaku di Selatan Thailand pada Selasa yang mengorbankan seorang anggota renjer dan mencederakan 12 yang lain.

Ketua Polis Daerah Ranget, Kol (Polis) Pakdee Preechachon berkata letupan pertama berlaku pada pukul 8.50 pagi di Kg Bangul Satol, dalam daerah Ranget, di sini.

Dalam kejadian itu bom seberat 50kg yang ditanam di jalan raya meletup dan kekuatannya telah melambungkan sebuah pikap yang dinaiki tujuh pegawai renjer yang sedang meronda.

Seorang anggota berpangkat sarjan maut di tempat kejadian dan enam lagi anggota pasukan belia cedera parah.

Kejadian kedua berlaku pada pukul 11 pagi di Kg Pileng, Marubo Naik, daerah Chok Irong yang menjadikan enam orang pegawai renjer dalam perjalanan untuk bertemu dengan penduduk kampung sebagai sasaran tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Dua jam kemudian, pada 1.30 tengah hari sebutir lagi bom meletup di Kg Dohek, daerah Sungai Padi mencederakan empat orang anggota Rela yang sedang meronda jalan raya.

Ketua Polis Daerah Sungai Padi, Kol (Polis) Suwarod Lunhawittayanon berkata bom buatan sendiri yang meletup itu seberat 50kg dipasang dalam tong gas dan ditanam di tepi jalan raya.

Kejadian terakhir berlaku pada pukul 4 petang tadi di Kampong Tolang, daerah Ranget mencederakan dua pegawai renjer yang sedang meronda.
Tags / Kata Kunci: letupan bom , selatan Thailand

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan