Omar Sharif Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 11 Julai 2015 10:37 AM

Omar Sharif meninggal dunia kerana serangan jantung pada usia 83 tahun.

(Ubah saiz teks)

OMAR Sharif, bintang kelahiran Mesir yang popular kerana wataknya dalam filem Lawrence of Arabia dan Doctor Zhivago,  meninggal dunia kerana serangan jantung pada usia 83 tahun.

Pelakon yang dilahirkan sebagai Michel Shalhoub di Iskandariah pada April 1932 disahkan menghidap penyakit Alzheimer awal tahun ini.

Aktor veteran ini pernah memenangi anugerah Golden Globe dan dicalonkan untuk Oscar kerana wataknya sebagai Sheriff Ali.

Kata ejennya, Steve Kenis, aktor yang juga penuntut Akademi Seni Drama Diraja di London itu mengalami serangan jantung di sebuah hospital di Kaherah, Jumaat.

Aktor Sepanyol Antonio Banderas yang berlakon bersamanya dalam filem The 13th Warrior pada 1999 menganggap beliau sebagai "seorang pelakon hebat".

Filem pertama dibintanginya pada 1954 yang diterbitkan di Mesir, Siraa Fil-Wadi yang sekaligus menaikkan namanya keana lakonan yang berkesan dan mendapat pujian ramai.

Kemuncak kerjayanya apabila berlakon filem Lawrence of Arabia.



Tags / Kata Kunci: Omar Sharif , Sheriff Ali , Oscar , Kaherah

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan