Greece Kemuka Pelan Penyelamat Ekonomi Elak Muflis

Diterbitkan: Jumaat, 10 Julai 2015 1:44 PM

Penduduk Greece berhimpun di Dataran Syntagma, Athens susulan tindakan kerajaan mengemukakan permohonan pelan penyelamat ekonomi bagi mengelak muflis.

(Ubah saiz teks)

ATHENS: Greece mengemukakan permohonan pelan menyelamat ekonomi terperinci kepada Kesatuan Eropah (EU) dalam usaha terakhir mengelak daripada muflis dan mengekalkan keanggotaan dalam zon mata wang Euro.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Alexis Tsipras berikrar bahawa pelan baharu Greece yang memohon dana berbilion-bilion Euro akan mengandungi usul konkrit bagi mendapatkan penyelesaian yang adil dan berdaya maju.

Namun, beberapa negara zon Euro yang diketuai Jerman keliru dengan kesanggupan Greece melaksanakan pelan penjimatan itu terutama selepas rakyat Greece menolaknya termasuk bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa minggu lalu.

“Ini peluang terakhir untuk Greece dan kami,” kata Presiden EU, Donald Tusk pada Rabu.

Tambah Tusk, kegagalan mencapai persetujuan akan menyebabkan Greece muflis dan mengundang masalah geopolitik untuk Eropah.

Dalam perkembangan berkaitan, pemimpin 28 negara EU akan mengadakan sidang kemuncak Ahad ini bagi memutuskan sama ada akan menerima pelan menyelamat ekonomi yang dikemukakan  Athens atau sebaliknya.

Kegagalan menerima pelan tersebut akan memaksa Greece mencetak mata wangnya sendiri sekali gus terkeluar dari zon mata wang Euro. – AFP







Tags / Kata Kunci: Euro , Greece , Jerman

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan