Christiano Ronaldo Pulangkan Telefon Bimbit Ditemui - Berita Dunia | mStar

Christiano Ronaldo Pulangkan Telefon Bimbit Ditemui

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

SEORANG wanita menganggap dirinya bertuah apabila telefon bimbitnya yangt hilang ditemui semula oleh individu terkenal di dunia.

Penemuan telefon bimbit itu bukan sahaja melegakan wanita itu tetapi melakar sejarah bagi dirinya kerana ia ditemui oleh bintang bola sepak dunia, Christiano Ronaldo.

Austin Woolstenhulme telah dihubungi Ronaldo untuk memaklumkan mengenai penemuan berkenaan sebelum diajak oleh lelaki idaman segenap wanita Eropah itu untuk makan malam bersama.

Menerusi laman sosial Instagramnya, wanita itu berkata," berita buruk saya telah kehilangan telefon bimbit dua hari lalu. Berita baik ia ditemui oleh Christiano Ronaldo. Berita lebih baik, dia mengajak saya makan malam bersama."

Wanita itu bersama rakannya kemudian turut memuatnaik gambar bersama bintang Real Madrid itu ke laman sosial milik mereka.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , telefon
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan