Letupan Bom: Enam Cedera Di Pattani

Diterbitkan: Rabu, 8 Julai 2015 12:29 PM

Pasukan keselamatan meningkatkan kawalan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berulang.

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Dua insiden letupan bom di wilayah Pattani pada pagi Rabu mengakibatkan enam anggota tentera dan sukarelawan keselamatan pertahanan cedera.

Kejadian pertama berlaku pukul 7.35 pagi di daerah Khok Pho apabila tentera dari Kompeni Infantri 3021 dari Pasukan Tindakan Pattani 21 sedang menjalankan rondaan berdekatan Kampung Cheda di Bang Kroh, dekat sini.

Tiga anggota tentera yang cedera adalah Prebet Anand Nuansri, 23; Prebet Chaiyan Lasichan, 22 dan Koperal Kittisak Moleechart, 26.

Selepas kira-kira sejam, pada pukul 8.40 pagi pula, bom kedua diletupkan di Kampung Moo 2 di daerah Trang Mayo ketika pasukan sukarelawan keselamatan pertahanan berkawal.

Kejadian kedua ini menyebabkan tiga lagi cedera, masing-masing Somkhuan Chuduang, Kanong Chaimanee dan Anatchai Nuankaew.



Tags / Kata Kunci: Pattani , bom , Koperal Kittisak Moleechart

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan