Momoi, Lelaki Tertua Di Dunia Meninggal Dunia - Berita Dunia | mStar

Momoi, Lelaki Tertua Di Dunia Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 7 Julai 2015 12:33 PM

Sakari Momoi (kanan) menerima sijil pengiktirafan Guinness World Records sebagai lelaki tertua di dunia pada Ogos tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

TOKYO: Sakari Momoi yang diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia oleh Guinness World Records tahun lalu, menghembuskan nafas terakhir pada Selasa.

Beliau berusia 112 tahun.

Momoi yang juga bekas guru sering mengamalkan diet pemakanan sihat dan yang tidur mencukupi

Beliau banyak menghabiskan usianya melukis kaligrafi dan menyertai kegiatan rekreasi di hospital, tempat beliau tinggal.

Momoi dilahirkan pada Februari 1903 di Fukushimam, iaitu kawasan yang teruk ditimpa bencana tsunami dan kebocoran nuklear empat tahun lalu. 

Semasa menerima sijil pengiktirafan tersebut pada Ogos 2014, Momoi memberitahu beliau mahu diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupannya.

"Saya mahu hidup dua tahun lagi," katanya.

Susulan kematian Momoi, gelaran lelaki tertua di dunia mungkin akan diambil alih seorang lagi warga Jepun, Yasutaro Koide. 

Koide lahir pada Mac 1903, kira-kira sebulan selepas Momoi.

Sementara itu, warga Amerika Syarikat, Susannah Mushatt Jones, 116, pula diiktiraf sebagai wanita tertua di dunia.

Tags / Kata Kunci: Sakari Momoi , lelaki tertua , Jepun
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan