Perompak Bank Berkerusi Roda - Berita Dunia | mStar

Perompak Bank Berkerusi Roda

Diterbitkan: Sabtu, 4 Julai 2015 8:09 PM

Dennison yang berkerusi roda ketika memasuki bank dan mengambil wang hasil rompakannya.

(Ubah saiz teks)

HANYA dengan berkerusi roda, seorang lelaki dilaporkan berjaya merompak sebuah bank di New York pada waktu siang.

Lelaki yang dikenali sebagai Brazen Kevin Dennison masuk ke dalam Bank Santander dengan kerusi rodanya dan menuntut wang tunai kepada salah seorang pekerja bank itu.

"Berikan semua duit yang ada, saya ada pistol," jerit Dennison kepada juruwang di situ.

Pekerja bank yang ketakutan itu kemudiannya tanpa berlengah menyerahkan wang tersebut dan Dennison tanpa dihalang menolak kerusi rodanya keluar meninggalkan bank itu.

Pihak polis memberitahu, Dennison merompak wang sebanyak AS$1,212 daripada bank tersebut yang terletak di Queens, New York.

Dennison ditahan dua hari selepas kejadian itu di sebuah hospital selepas imejnya dikenalpasti menerusi rakaman CCTV yang diserahkan kepada pihak penyiasat.

Seorang pegawai polis berkata, beberapa wakil pertubuhan pencegahan jenayah juga tampil untuk mengenalpasti suspek menerusi nama dan alamatnya.

"Ada individu yang mengenalpasti suspek di laman sosial dan memberikan namanya kepada kami," kata pegawai polis itu.

Dennison ditahan atas tuduhan merompak pada Jumaat dengan jaminan sebanyak AS$15,000 dolar.




   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan