Malaysia Desak Sokongan PBB Untuk Tribunal Dakwa Penjenayah Tembak Jatuh MH17 - Berita Dunia | mStar

Malaysia Desak Sokongan PBB Untuk Tribunal Dakwa Penjenayah Tembak Jatuh MH17

Diterbitkan: Jumaat, 3 Julai 2015 11:03 AM

(Ubah saiz teks)

PERSATUAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Malaysia memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis mengenai rancangannya untuk mendesak tribunal sokongan badan itu bagi mendakwa mereka yang disyaki menembak jatuh pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di timur Ukraine walaupun Rusia menyifatkan tindakan itu sebagai pra matang, kata diplomat.

Pesawat MH17 yang membawa seramai 298 penumpang dengan dua pertiga daripadanya merupakan warga Belanda, ditembak jatuh pada Julai tahun lalu.

Ia terhempas di wilayah yang dikuasai kumpulan pemberontak pro Rusia.

Ukraine dan negara barat mendakwa pemberontak tersebut menembak jatuh pesawat tersebut dengan peluru berpandu buatan Rusia.

Rusia menyangkal dakwaan membekalkan kumpulan pemberontak itu dengan sistem peluru berpandu BUK-SA-11.

"Malaysia memberi taklimat kepada ahli majlis pada pagi ini mengenai niat mereka untuk membentangkan resolusi berhubung MH17.

"Mereka sedang mencari mekanisme untuk menangani akauntabiliti jenayah berhubung tindakan menjatuhkan pesawat tersebut," kata duta PBB New Zealand, Gerard van Bohemen yang juga Presiden Majlis Keselamatan PBB bagi Julai ini.

Seorang diplomat yang enggan identitinya didedahkan berkata Rusia menyifatkan cadangan  itu sebagai pra matang dan dipercayai majlis tersebut perlu menunggu keputusan siasatan lain.

Misi PBB Rusia enggan mengulas lanjut kepada agensi berita Reuters berhubung cadangan tersebut.

Tags / Kata Kunci: MH17 , Ukraine , Rusia , PBB
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan