Kes MERS Pertama Di Thailand Diisytihar Bebas Virus

Diterbitkan: Isnin, 29 Jun 2015 3:06 PM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Kes pertama bagi Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di Thailand diisytiharkan bebas daripada virus yang membawa maut itu, kata Kementerian Kesihatan negara itu pada Isnin.

Lelaki berusia 75 tahun itu berkunjung ke Bangkok untuk menjalani rawatan jantung dan didiagnosis dengan virus tersebut akan terus dikuarantinkan buat sementara waktu.

"Berdasarkan keputusan ujian yang terakhir, kita tidak menemui virus MERS dalam pesakit itu," kata pemangku setiausaha di Kementerian Kesihatan negara itu, Surachet Satitramai kepada Reuters.

"Keadaan lelaki itu bertambah baik tetapi kita masih perlu memeriksa keadaan kesihatannya yang lain, termasuk keadaan jantungnya, akan memberi kesan kepadanya." - REUTERS

Tags / Kata Kunci: MERS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan