Lebih 200 Cedera Letupan Di Taman Tema Taiwan

Diterbitkan: Ahad, 28 Jun 2015 10:16 AM

(Ubah saiz teks)

TAIPEI: Lebih 200 orang cedera, manakala 90 daripadanya mengalami kecederaan serius dalam satu letupan di sebuah taman tema air di sini.

Letupan dipercayai berpunca daripada sejenis serbuk yang disembur ke atas pentas mencetuskan kebakaran sebelum menyambar ke arah lebih 1,000 penonton konsert di taman tema itu.

Gambar yang disiarkan di laman web akhbar Apple Daily menunjukkan penonton sedang menari semasa sejenis serbuk disembur di atas pentas sebelum bertukar menjadi api.

Pengunjung bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri, manakala ada yang menjerit meminta tolong ketika disambar api.

Rakaman video turut menunjukkan kakitangan Taman Tema Air Formosa bertungkus-lumus membantu memadamkan kebakaran dan membawa mereka yang cedera di atas pelampung untuk mendapatkan rawatan. 

Agensi berita rasmi Taiwan, Central News Agency (CNA) melaporkan, saksi berkata api marak dan merebak dengan cepat selepas serbuk berwarna disembur ke udara di hadapan pentas. 

Setakat ini, belum diketahui jika serbuk itu adalah sebahagian daripada aturcara dalam persembahan tersebut.

Bomba berkata, punca kebakaran itu kini sedang disiasat.


Tags / Kata Kunci: Taman Tema Air Formosa , letupan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan