Ibu Sewa Papan Iklan Ucap Tahniah Kejayaan Anak

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 9:52 AM

(Ubah saiz teks)

NEW JERSEY: Bangga dengan kejayaan anak lelakinya, seorang ibu sanggup menyewa papan iklan bagi meluahkan perasaannya.

Ovella O Neil menyewa  papan iklan berharga  £460 (RM1,939) untuk mengucapkan tahniah kepada anaknya, Aljelani.

"Seorang ibu tidak mampu membesarkan seorang lelaki, tetapi saya mampu membesarkan seorang lelaki yang budiman. Kami mempunyai keduanya. Sayang dari keluarga. Tahniah 2015," itulah yang dicatatkan pada papan iklan itu.

Bercakap kepada ABC News, Ovella berkata, anaknya seorang yang bijak dan sentiasa berada di landasan yang betul.

Anaknya seorang yang berdisiplin dan sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkannya termasuk tidak dibenarkan untuk menelefon teman wanita.

"Kini masanya untuk saya beri penghargaan kepadanya," katanya yang berbangga kerana Aljelani kini melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.

Tags / Kata Kunci: Ovella O Neil , Aljelani

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan