MP Termuda Britain Terima Ijazah Kelas Pertama

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 3:37 PM

Ahli parlimen termuda dalam sejarah parlimen Britain sejak lebih 300 tahun, Mhairi Black menerima ijazah kelas pertama dari Universiti Glasgow.

(Ubah saiz teks)

GLASGOW (Scotland): Dia bukan sahaja mencatat sejarah sebagai ahli parlimen termuda Britain dalam tempoh 348 tahun, tetapi dia juga terbukti seorang yang bijak.

Mhairi Black, 20, berjaya memperolehi ijazah sarjana kelas pertama dalam politik dari Universiti Glasgow dan akan menerima skrol ijazahnya pada Sabtu.

Beliau mencatat sejarah sebagai ahli parlimen termuda Britain sejak 1667 selepas berjaya menumpaskan penyandang kerusi tersebut dari Parti Buruh, Douglas Alexander yang juga seorang ahli politik veteran.

Kemenangannya yang mewakili Parti Kebangsaan Scottish mendapat liputan meluas media massa dari seluruh dunia.

Ketika dia menyertai pilihan raya umum pada 7 Mei lalu, Mhairi masih belum tamat belajar lagi.

Disertasi untuk ijazahnya itu adalah mengenai falsafah perjuangan partinya sendiri.

"Saya berasa sangat gembira dan tidak sabar untuk meraikannya bersama keluarga dan sahabat-sahabat," ujarnya sebagaimana yang dilaporkan oleh portal berita Mail Online.

Apa yang menariknya ialah, sebaik sahaja bergelar ahli parlimen, Mhairi terpaksa kembali ke kelas untuk mengikuti pengajiannya semula. Dan nampaknya pengorbanannya itu berbaloi.

Mhairi tidak menafikan sejak bergelar ahli parlimen, dia terpaksa memilih pakaian yang sesuai untuk menghadiri majlis-majlis rasmi dan itu telah menyebabkan dia kerap kali 'bertengkar' dengan ibunya yang mahu melihat dirinya lebih formal.

"Saya mahu menjadi diri saya yang sebenar dan memakai apa yang kita rasa selesa dengan diri kita tetapi keadaan tidak selalu mengizinkannya," ujarnya lagi.

Agak melucukan juga apabila Mhairi memberitahu yang slanga Scottishnya telah menyebabkan penjaga pintu bangunan parlimen di Westminster, London sukar memahami apa yang dia tuturkan.

"Tapi mereka berjanji mereka akan menonton lebih banyak cerita Scottish untuk memahami loghat saya," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan