Jasad Veteran Perang Vietnam Di Malaysia Boleh Dibawa Pulang - Berita Dunia | mStar

Jasad Veteran Perang Vietnam Di Malaysia Boleh Dibawa Pulang

Diterbitkan: Jumaat, 26 Jun 2015 6:25 PM

(Ubah saiz teks)

MELBOURNE: Keluarga kepada sebilangan kecil veteran perang Vietnam Australia yang disemadikan di luar negara, termasuk Malaysia, kini boleh membawa balik jasad mereka, lapor Associated Press.

Undang-undang yang diperkenalkan di Parlimen Persekutuan, di Canberra semalam merestui jaminan kerajaan untuk membawa balik jasad 25 veteran perang Vietnam, 24 disemadikan di Tanah Perkuburan tentera Terendak di Melaka, dan satu di Tanah Perkuburan Kranji di Singapura, jika ahli keluarga mahu.

Di bawah dasar yang berkuat kuasa sepanjang dua perang dunia sehingga Januari 1966, veteran perang Australia disemadikan di tanah perkuburan berhampiran tempat mereka gugur di medan perang.

Bagi Vietnam, tanah perkuburan paling hampir ialah di Malaysia dan Singapura. Dasar itu berubah berikutan bantahan masyarakat.

Kerajaan juga telah melanjutkan tawaran itu kepada keluarga tiga orang lagi anggota tentera dan lapan keluarga anggora tentera yang disemadikan di Terendak.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan