Menteri Pendidikan India Dituduh Tipu Jurusan Ijazah

Diterbitkan: Khamis, 25 Jun 2015 11:33 AM

Smriti Irani

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Menteri Pendidikan India, Smriti Irani berhadapan situasi memalukan apabila didakwa membuat perisytiharan bercanggah berhubung bidang akademiknya kepada pihak berkuasa pilihan raya negara itu.

Pada Rabu, mahkamah di sini bersetuju untuk mendengar aduan mengenai menteri berkenaan yang dituduh menipu mengenai ijazahnya.

Sebelum ini, berita mengenai penipuan itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang mendesak dia meletak jawatan.

Menerusi petisyen yang difailkan, pada 2004, Smriti mengakui memiliki ijazah jurusan kesenian, bagaimanapun menjelang pilihan raya umum pada 2014, dia mendakwa memiliki ijazah jurusan perdagangan.

Hakim Akash Jain berkata, mahkamah maklum berhubung perkara itu dan menetapkan kes itu pada 28 Ogos ini.

Dakwaan terhadap Smriti disuarakan beberapa minggu selepas Menteri Undang-Undang Delhi dari Parti Aam Aadmi (AAP), Jitendra Singh Tomar, ditahan kerana disyaki memiliki ijazah undang-undang palsu.

Jitendra meletak jawatan selepas menghadapi tuduhan jenayah, menipu dan terbabit dalam kegiatan pemalsuan.

Kes terbaru membabitkan Smriti menyebabkan ketua pembangkang dari AAP dan Parti Kongres mendesak wanita itu meletak jawatan kerana mendakwa dia ‘tiada hak secara moral, perlembagaan atau perundangan’ untuk memegang jawatan menteri.

Bagaimanapun, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Narendra Modi menolak desakan itu.

Menteri Dalam Negeri Rajnath Singh pula berkata: “Menteri kami tidak perlu letak jawatan. Ini bukan kerajaan mereka (Kongres).”

Kerajaan Modi berdepan tekanan pembangkang sejak kebelakangan ini berikutan pendedahan salah laku beberapa menteri kanan, termasuk Menteri Luar yang dituduh membantu bekas bos kriket Lalit Modi yang terpalit dengan skandal rasuah untuk mendapatkan dokumen perjalanan kecemasan di Britain. - AFP

Tags / Kata Kunci: Smriti Irani , ijazah , India

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan