Ular Sawa Afrika Telan Landak Mati Tertikam

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 8:56 PM

Landak gergasi yang berjaya dibawa keluar dari perut ular sawa Afrika.

(Ubah saiz teks)

SEEKOR ular sawa Afrika yang menelan seekor landak gergasi akhirnya maut akibat perbuatannya sendiri.

Manakan tidak, sebaik sahaja berjaya menelan landak berkenaan, sistem penghadaman di dalam perutnya cuba menhadam landak tersebut tetapi sebaliknya akibat daripada proses semulajadi itu, duri landak yang tajam telah menusuk perut ular sawa itu sehingga tembus.

Insiden tersebut berlaku di Taman Hidupan Liar Tasik Eland, Afrika Selatan baru-baru ini.

Ular sawa sepanjang empat meter itu adalah reptilia yang biasa ditemui di Afrika Selatan.

Pengurus Besar taman tersebut, Jennifer Fuller berkata, ular sawa berkenaan ditemui mati di tepi lereng berbatu dalam keadaan perutnya masih kembung dengan landak yang dibahamnya itu.

Apabila renjer taman memotong perut ular tersebut, mereka menemui landak gergasi itu dalam keadaan asal dan masih belum dihadam oleh sistem penghadamannya.

Bagaimanapun mereka turut menemui beberapa batang duri landak itu telah tercabut dan tercacak pada bahagian perut ular sawa itu.

Pihak taman itu suspek, ular sawa itu telah menelan landak gergasi berkenaan pada waktu malam yang mana ia hanya bergantung kepada deria untuk mengesan gelombang panas yang dikeluarkan oleh badan landak itu untuk menyerang mangsanya.

Jika landak itu melintas di hadapan ular tersebut pada waktu siang, ia tidak akan menelan mangsanya yang penuh dengan duri itu.

Tags / Kata Kunci: Afrika Selatan , Ular Sawa Afrika

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan