Rumah Putih Rai Umat Islam AS Iftar

Diterbitkan: Rabu, 24 Jun 2015 10:21 AM

Obama bersalaman dengan Elauf yang turut diraikan pada majlis berbuka puasa di Rumah Putih, Isnin.

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Presiden Barack Obama membuka pintu Rumah Putih  kepada umat Islam Amerika Syarikat (AS) pada majlis berbuka puasa Isnin.

Ketika berucap, Obama memberi pengiktirafan kepada beberapa tetamu muda termasuk Samantha Elauf yang berani menjejakkan kaki ke Mahkamah Agung bagi mempertahankan haknya untuk bertudung.

Wanita itu berusia 17 tahun pada 2008 apabila tidak diterima untuk jawatan jurujual di kedai Abercrombie Kids di Tulsa, Oklahoma kerana memakai tudung semasa sesi temuduga.

“Dia berazam kental untuk mempertahankan haknya memakai hijab. Samantha sanggup menjejakkan kaki ke Mahkamah Agung. Saya sendiri tidak pernah berbuat demikian pada usia tersebut,” ujarnya.

Obama juga berucap mengenai tiga warga AS beragama Islam yang terbunuh pada 10 Februari lalu di Chapel Hill, Carolina Utara di samping sembilan ahli gereja berkulit hitam yang dibunuh di Charleston, Carolina Selatan pada minggu lalu.

“Sebagai rakyat AS, kita menuntut supaya tiada siapa pun ditindas berdasarkan latar belakang atau rupa paras mereka atau bagaimana mereka beribadat. Kami berdiri bersama menentang tindakan kebencian seperti ini,” tegasnya.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa rakyat AS bersatu dalam menolak penindasan ke atas mana-mana kumpulan agama atau etnik dalam ucapannya sempena bulan Ramadan.

“Walau apa jua kepercayaan, kita semua adalah satu keluarga,” kata Obama pada majlis itu yang turut dihadiri 40 anggota komuniti diplomatik dan beberapa ahli Kongres.





Tags / Kata Kunci: Rumah Putih , Obama , puasa

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan