Penyokong Arsenal Paling Gemuk Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 9:35 AM

(Ubah saiz teks)

PENYOKONG Arsenal paling gemuk di dunia yang merupakan lelaki paling berat di Britain dilaporkan telah meninggal dunia di rumahnya di Kent.

Carl Thompson, 33, yang mempunyai berat 412 kilogram sebelum ini tidak lagi mampu bangun dan terpaksa mendapatkan bantuan orang lain atau ahli keluarga.

Bagaimanapun pada Ahad, kelihatan ambulan dan kereta peronda polis berada di depan rumah Thompson untuk mengesahkan kematian lelaki itu.

Bapa kepada Carl yang menemui pihak media berkata, anaknya sebelum ini ada menyampaikan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin untuk membantu menurunkan berat badannya.

"Dia menyifatkan setiap pandangan dan bantuan sebagai sesuatu yang hebat.

"Carl juga ada menyatakan hasrat untuk menurunkan berat badan secepat mungkin selepas diberi amaran oleh doktor bahawa obesiti berkenaan mampu membunuhnya," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Kent , Gemuk

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan