1,400 Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Akibat Sistem Komputer Digodam

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 8:06 AM

(Ubah saiz teks)

WARSAW: Kira-kira 1,400 penumpang LOT Polish Airlines (LOT) terkandas di Lapangan Terbang Chopin di sini, Ahad apabila sistem komputer syarikat penerbangan tersebut yang digunakan untuk mengeluarkan tiket penerbangan digodam, kata syarikat itu.

Jurucakap, Adrian Kubicki berkata, sistem komputer itu digodam pada waktu tengah hari dan hanya dapat diperbaiki selepas lima jam, menyebabkan 10 penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan dan banyak lagi penerbangan ditunda. 

LOT menguruskan para penumpang yang terkandas pada Ahad dan antara mereka dapat menaiki pesawat,

Syarikat penerbangan itu memberitahu ia menyediakan kemudahan penginapan di hotel bagi mereka yang memerlukan.

Kubicki berkata, tiada kompromi dari segi keselamatan bagi penerbangan yang sedang beroperasi dan penerbangan ke Warsaw dapat mendarat dengan selamat.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat serangan penggodam itu. - REUTERS

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan