Militan IS Menyamar Jadi Pelarian Seludup Masuk Eropah

Diterbitkan: Isnin, 22 Jun 2015 8:20 AM

(Ubah saiz teks)

SEKUMPULAN anggota kumpulan militan Negara Islam (IS) dipercayai menyeludup masuk ke Eropah bersama pelarian lain yang melarikan diri dari Afrika Utara.

Portal Mirror melaporkan keadaan itu menimbulkan kebimbangan apabila pengebom IS mahu melancarkan serangan dalam tempoh beberapa bulan.

Pakar berpendapat bahawa pihak ekstremis ini menyamar sebagai pelarian selepas menaiki bot pemerdagangan orang dari Afrika ke Itali.

Sumber kumpulan pencegah keganasan berkata: "Dipercayai pengganas ini datang secara berseorangan dan berkumpulan dengan bertindak menaiki bot pemerdagangan dan berlayar merentasi Laut Mediterranean. 

Mereka akan menjadi pencari suaka apabila tiba di Eropah atau hilang daripada dikesan pihak berkuasa dengan menghubungkan lebih banyak rangkaian penyeludupan.

"Ini bermakna mereka boleh masuk jauh ke dalam Eropah dan mengelakkan daripada ditahan polis dan pasukan keselamatan. Tiada sesiapa yang tahu berapa ramai mereka."

Lebih 500,000 pelarian melarikan diri dari negara bergolak di Libya untuk ke Itali. 

Perkara itu dikhuatiri akan mengakibatkan lebih ramai pengganas IS untuk ke Eropah.

Tags / Kata Kunci: IS , militan

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan