MT Orkim Harmony: Vietnam Dedah Suspek Miliki Banyak Wang

Diterbitkan: Ahad, 21 Jun 2015 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

HANOI: Lapan lelaki yang ditahan pihak berkuasa Vietnam kerana merampas kapal tangki milik Malaysia dikesan membawa sejumlah wang yang besar.

Kumpulan yang dipercayai warga Indonesia itu ditahan selepas bot mereka ditarik ke bahagian barat daya pulau Tho Chu, oleh pihak berkuasa Vietnam  - suspek mendakwa mereka kehilangan kapal selepas bot yang dinaiki terlibat dalam satu kemalangan di laut.

Pada hari sama, pihak berkuasa Malaysia memberitahu seramai lapan suspek yang merampas kapal MT Orkim Harmony seminggu sebelum itu berjaya melarikan diri menggunakan bot penyelamat semasa berada di kawasan gelap.

Kapal itu merupakan sasaran terbaharu oleh kumpulan lanun yang semakin berani di sebalik peningkatan dalam rampasan laut di Asia Tenggara dalam tempoh dua tahun.

Kumpulan lanun ini kebiasaannya mensasarkan kapal tangki kecil yang membawa minyak petrol, diesel, serta minyak gas.

VNExpress melaporkan lapan lelaki di dalam lingkungan umur 19 hingga 61 tahun yang ditahan bercakap dalam bahasa Indonesia dan tidak dapat menjelaskan mengenai sejumlah mata wang asing yang dibawa serta beberapa telefon bimbit.

Polis Marin Vietnam, Leftenan Do Van Toan berkata, pihaknya gagal mendapatkan maklumat daripada suspek-suspek yang ditahan itu setakt ini.

"Kesemua suspek ini degil dan tidak mahu memberikan kerjasama. Mereka kelihatan sangat tenang dan profesional," kata Van Toan.

Seorang lagi Pegawai Polis Marin, Kolonel Le Van Minh berkata pihak penyiasat mempunyai alasan yang mencukupi untuk membuat dakwaan ke atas lapan suspek tersebut.

"Vietnam bekerjasama secara aktif dengan Malaysia dalam kes ini dan kita perlu mencari jalan agar mereka mengakui kesalahan mereka," katanya.

Dalam pada itu, agensi berita Indonesia melaporkan, pihak Jakarta telah mengarahkan kedutaan Hanoi untuk mengenalpasti kerakyatan kesemua lapan suspek yang ditahan.

MT Orkim Harmony yang membawa sekitar 6,000 tan petrol bernilai kira-kira AS$ 5.6 juta, dilaporkan hilang pada 11 Jun semasa dalam perjalanan dari arah pantai barat menghala ke Kuantan di pantai timur.

Menurut tentera laut Malaysia, anak kapal seramai 22 orang tidak tercedera semasa rampasan dibuat dan hanya seorang pelaut Indonesia sahaja yang tercedera akibat terkena tembakan dibahagian paha.

Kumpulan lanun tersebut berjaya melepaskan diri selepas mengugut untuk mencederakan anak-anak kapal sekiranya kapal tentera laut tidak meninggalkan kapal rampasan itu sejauh lima batu nautika.

Biro Maritim Antarabangsa (IMO) yang berpangkalan di London telah berulang kali memberi amaran bahawa perairan Asia Tenggara kini sering menjadi tumpuan lanun.

Pihak IMO juga mengarahkan agar tindakan tegas dibuat oleh pihak berkuasa serantau untuk mengelakkan daripada perkara ini berada di luar kawalan.




Tags / Kata Kunci: Vietnam , MT Orkim Harmony

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan