Harimau 'Pembunuh' Mati Ditembak

Diterbitkan: Jumaat, 19 Jun 2015 11:04 AM

Pasukan keselamatan terpaksa menembak mati harimau putih yang membaham seorang lelaki selepas bertindak ganas.

(Ubah saiz teks)

TBILISI: Harimau putih yang mengakibatkan kematian seorang lelaki selepas dibaham haiwan itu akhirnya ditembak mati.

Kejadian itu berlaku selepas harimau berkenaan terlepas daripada sebuah zoo di Tbilisi yang musnah dalam kejadian banjir besar pada hujung minggu lalu.

Menteri Dalam Negeri Republik Georgia, Vakhtang Gomelauri berkata, haiwan berkenaan dipercayai bersembunyi di sebuah kilang yang menjual barangan binaan ketika menyerang mangsa.

Menurutnya, mangsa, pekerja kilang yang berumur 43 tahun, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital kerana kecederaan serius setelah diserang di leher.

“Anggota polis komando kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum menembak harimau itu menggunakan ubat pelali, namun binatang tersebut terlampau agresif dan berbahaya sehingga kami terpaksa mengambil keputusan untuk membunuhnya.

“Pasukan keselamatan juga melakukan siasatan di sekitar kilang tersebut kerana telah menerima maklumat ada serangan lain berlaku sebelum ini, tetapi belum ada pengesahan,” kata Gomelauri kepada CNN, Khamis.

Tambah Gomelauri, beliau kesal pihaknya lambat bertindak kerana maklumat awal diterima sebelum ini menyatakan binatang-binatang yang terlepas dari zoo tersebut tidak berbahaya.

Seramai 19 orang maut dan enam masih hilang dalam kejadian banjir tersebut, yang turut mengakibatkan kira-kira 300 ekor haiwan terlepas dari zoo berkenaan termasuk serigala, singa, dan badak.

Setakat ini, sebahagian besar haiwan itu sudah ditangkap, namun ada juga yang terpaksa ditembak antaranya seekor singa dan enam serigala.


Tags / Kata Kunci: Tbilisi , Vakhtang Gomelauri , harimau

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan