Masyarakat Islam Reykjavik Berpuasa 21 Jam - Berita Dunia | mStar

Masyarakat Islam Reykjavik Berpuasa 21 Jam

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 10:59 AM

(Ubah saiz teks)

LEBIH satu bilion umat Islam di seluruh dunia akan bermula menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan pada Khamis. Inilah masanya seluruh umat Islam akan menahan nafsu makan dan minum bermula terbit fajar sehingga senja, sebagai salah satu cara untuk menjaga rohani dan menguatkan iman.

Bagaimanapun, pada tahun ini, terdapat beberapa pendapat mengenai tempoh masa berpuasa, terutamanya di kawasan-kawasan yang mempunyai masa siangnya lebih lama pada bulan panas. Di Britain serta sebahagian kawasan utara Eropah, apabila waktu siang boleh mencapai selama 21 jam sehingga menyebabkan ada pihak yang mencadangkan supaya masa puasa dipendekkan.

Kebiasaanya, umat Islam akan mematuhi kalendarnya yang selalunya 11 hari lebih pendek daripada kalendar solar, juga menjelaskan bagaimana Ramadan berlaku pada musim panas untuk beberapa tahun, dan kemudiannya beralih kepada musim yang berbeza di tempat lain.

Menurut Penyelidik Kanan Yayasan Quilliam London, yang berlandaskan pemikiran Islam, Sheikh Usama Hasan, fatwa telah dikeluarkan yang memaklumkan bahawa umat Islam di Eropah boleh mengikuti prinsip 'pagi hingga petang' dan berpuasa mengikut 'masa kawasan terdekat.

Ini bermakna umat Islam di Britain boleh berpuasa mengikut keadaan masa di Mekah, apabila waktu siang adalah selama 12 jam.

Malah, Sheikh Hassan turut memberitahu bahawa umat Islam Britain akan mudah terdedah kepada penyakit, terutamanya golongan orang yang lebih tua.

Bagainamapun, tidak semua orang bersetuju.

Pengarah Eksekutif Pusat Islam di Universiti New York dan juga ahli ulamak kepada Jabatan Polis New York, Imam Khalid Latif berkata bahawa fatwa tersebut tidak boleh diguna pakai.

"Tempoh berpuasa adalah dari terbit fajar sehingga senja, iaitu dari pukul 3.30 pagi sehingga 8.30 malam," katanya kepada akhbar Quartz.

Namun, terdapat pengecualian sekiranya seseorang itu mempunyai masalah kesihatan atau mengandung dan warga emas. Jadi, mereka boleh dikecualikan daripada berpuasa.

Menurut Imam Khalid, umat Islam yang mempunyai masalah kesihatan haruslah mendapatkan nasihat dan berunding dengan doktor terlebih dahulu.

"Bagi menjawab kepada tanggapan dan andaian, pemendekkan waktu berpuasa adalah bermasalah.

"Dalam masyarakat kami, waktu berpuasa adalah dari 3.30 pagi sehingga 8.30 malam sememangnya lama, tetapi kami tetap akan memberi semangat kepada umat Islam yang lain," katanya.

Jadi, bandar yang manakah akan menjadi bandar yang paling sukar untuk berpuasa?

Umat Islam di Reykjavik, Iceland terpaksa berhadapan dengan tempoh masa berpuasa selama 21 jam, manakala di Anchorge, Alaska mengambil masa selama 19 jam untuk berpuasa dan selama 12 jam di Dar es Salaam.

Bagaimanapun, Buenos Aires adalah bandar yang mempunyai masa paling singkat untuk berpuasa iaitu selama sembilan jam sehari.

Tags / Kata Kunci: Puasa , London , Britain
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan