Masyarakat Islam Uighur Tidak Dibenarkan Berpuasa

Diterbitkan: Khamis, 18 Jun 2015 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Ketika lebih 1.5 bilion umat Islam di seluruh akan memulakan ibadah puasa di bulan Ramadhan pada Khamis, kerajaan tempatan di wilayah Xinjiang, barat China menguatkuasakan undang-undang kontroversi apabila tidak membenarkan etnik Uighur yang beragama Islam melaksanakan ibadat itu.

Lebih menimbulkan kemarahan penduduk Islam, etnik minoriti berkenaan juga diwajibkan untuk mengangkat sumpah di depan pegawai kerajaan bahawa mereka tidak akan berpuasa.

Menurut laporan portal Hindustan Times, pihak berkuasa menjadikan alasan bahawa bulan Ramadan yang bermula Khamis sebagai waktu sensitif di Xinjiang ekoran serangan berdarah yang dipersalahkan kepada kumpulan pelampau sejak tiga tahun lalu yang menyaksikan beratus-ratus orang terbunuh.

Jelas portal berkenaan, sejak beberapa hari lalu, media tempatan dan laman web kerajaan di Xinjiang menyiarkan berita dan notis rasmi yang menuntut anggota parti politik, penjawat awam, pelajar dan guru yang beragama Islam tidak terlibat dengan aktiviti berkaitan Ramadan bagi mengelakkan insiden serangan pada tahun lalu, Kerajaan Xinjian dalam kenyataannya berkata, pegawai penguatkuasa kawalan kualiti makanan di daerah Jinghe yang bersempadan dengan Kazakhstan, mengambil keputusan untuk menggalakkan restoran berstatus halal supaya meneruskan operasi seperti biasa sepanjang Ramadan.

Tambah kenyataan tersebut, restoran yang mematuhi arahan berkenaan tidak akan diperiksa secara kerap oleh pihak berkuasa.

Beberapa institusi kerajaan lain dilapor mengeluarkan arahan yang sama.

Sementara itu, di daerah Maralbexi yang menjadi lokasi kematian 21 orang akibat keganasan agam pada 2013, pihak berkuasa tempatan yang beragama Islam perlu memberi jaminan secara lisan dan bertulis bahawa mereka tidak mempunyai kepercayaan, tidak akan terlibat dalam aktiviti keagamaan dan tidak akan berpuasa sepanjang Ramadan.

Susulan peraturan kontroversi itu, kumpulan etnik Uighur yang hidup dalam buangan, Kongres Uighur Sedunia dan aktivis hak asasi manusia mengecam dasar penindasan kerajaan di Xinjiang termasuk larangan amalan beribadah yang dijangka mencetuskan ketegangan agama lebih buruk di China.

Jurucakap pertubuhan itu, Dilxat Raxit dalam kenyataannya menjelaskan, kerajaan China meningkatkan larangan dan memantau terhadap aktiviti umat Islam terutamanya etnik Uighur menjelang ketibaan Ramadan.

"Iman etnik Uighur telah dipolitikkan dan peningkatan kawalan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan boleh mencetuskan penentangan yang lebih dahsyat," kata beliau.

China mempunyai kira-kira 20 juta penganut beragama Islam di seluruh negara dan kerajaan pimpinan Parti Komunis membenarkan kebebasan beragama tetapi mengenakan peraturan ketat terhadap aktiviti keagamaan dan hanya membenarkan institusi agama yang mendapat kelulusan untuk beroperasi.

Tiada komen dikeluarkan oleh kerajaan Xinjiang berhubung pelaksanaan peraturan terbabit.

Tags / Kata Kunci: Puasa Uighur

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan