Pesawat Hello Kitty Mula Beroperasi Jumaat Ini - Berita Dunia | mStar

Pesawat Hello Kitty Mula Beroperasi Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 10:58 AM

(Ubah saiz teks)

SEBUAH pesawat bertemakan watak kartun kucing yang popular, Hello Kitty bakal beroperasi menerusi penerbangan antara Singapura, Taipei dan Houston mulai Jumaat ini.

Pesawat itu akan dikendalikan oleh syarikat penerbangan Taiwan, EVA Air.

Hanya terdapat tujuh pesawat seumpama itu di seluruh dunia, dan Singapura menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk memulakan operasi penerbangan Hello Kitty.

Para penumpang yang menaiki pesawat ini akan menikmati barangan pengembara eksklusive seperti pas pelepasan dan penanda bagasi bertemakan Hello Kitty, dan hidangan khusus Helly Kitty yang disediakan oleh kru kabin berpakaian apron rekaan watak kartun itu.

Isnin lalu, EVA Air memperkenalkan tema eksklusif untuk penerbangan Singapuranya iaitu EVA Air Hello Kitty Shining Star.

Penerbangan yang menggunakan pesawat baharu Boeing 777-300ER itu bukan sahaja akan memaparkan Hello Kitty, tetapi juga Sanrio, watak kartun My Melody dan Little Twin Stars Kiki & Lala.

Ia bakal menjadi penerbangan pertama buat syarikat itu dari Singapura ke Taipe pada 21 Jun ini. — The Straits Times / Asia News Network

Tags / Kata Kunci: Hello Kitty
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan