AS Sedia Bantuan Dana RM18.72 Juta Untuk Perangi Boko Haram

Diterbitkan: Rabu, 17 Jun 2015 10:41 AM

(Ubah saiz teks)

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) merancang untuk memperuntukkan dana sebanyak AS$5 juta (RM18.72 juta) bagi membantu pasukan tentera serantau dalam memerangi kumpulan militan Nigeria, Boko Haram, kata pegawai jabatan negara itu pada Selasa.

Tahun lalu, Boko Haram membina wilayahnya di timur laut Nigeria dengan seluas lebih 30,000 kilometer persegi, kira-kira sebesar Belgium.

Kumpulan militan itu masih dipersalahkan kerana melakukan serangan terpencil seperti di bandar Chad pada Isnin lalu di mana sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh.

AS sudah bersdia menyediakan bantuan dua hala kepada Chad, Niger dan Cameroon untuk logistik dan kelengkapan lain yang bernilai kira-kira AS$34 juta (RM127.31 juta), kata pegawai itu.

Dana tambahan untuk keanggotaan baharu yang meliputi tentera dari Nigeria, Chad, Niger, Cameroon dan Benin, akan disalurkan menerusi Kesatuan Afrika. - REUTERS


Tags / Kata Kunci: Boko Haram

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan