Wanita Pertama AS Promosi Pendidikan Kanak-Kanak Perempuan

Diterbitkan: Selasa, 16 Jun 2015 2:24 PM

Michelle bersama anaknya, Malia dan Sasha serta ibu Marian tiba di London untuk promosi inisiatif pendidikan kanak-kanak perempuan.

(Ubah saiz teks)

WANITA Pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama selamat tiba di United Kingdom pada malam Isnin sempena jelajah Eropah dalam usaha menggalakkan pendidikan di kalangan kanak-kanak perempuan.

Isteri kepada presiden AS itu turut disertai oleh ibunya, Marian Robinson, serta dua anak perempuannya, Malia dan Sasha.

Ketibaan mereka disambut istimewa oleh tentera As di Lapangan Terbang Stansted.

Michelle, 51, dijangka menghadiri majlis minum petang bersama Putera Harry serta Perdana Menteri, David Cameron di Jalan Downing untuk membincangkan kempen pendidikan kanak-kanak perempuan, disamping memberi sokongan yang lebih kepada tentera AS.

Keluarga Obama juga akan bermalam di London sebelum mula melakukan siri lawatan dan perjumpaan pada Selasa.

Pada Selasa pagi, Michelle serta kedua-dua anak perempuannya akan melawat Sekolah Perempuan Mulberry di Tower Hamlets, timur London.

Lawatan seminggu ke Britain dan Itali itu bagi menggalakkan inisiatif yang diilhamkan Michelle sendiri iaitu 'Biarkan Kanak-Kanak Perempuan Menimba Ilmu'.

Selain itu, kehadiran Marian, 77, lebih memeriahkan lagi majlis dengan adanya tiga generasi berkumpul pada satu masa.

Wanita yang sentiasa menjadi tulang belakang Presiden AS itu akan menganjurkan sesi percambahan minda dengan Pengarah Penyelidikan Saksama Akses dan Pusat Pengajian di Universiti Cambridge dan juga pertubuhan sukarelawan, Peace Corps.

Bekas Perdana Menteri Australia, Julia Gillard turut menyokong usaha memartabatkan pendidikan kanak-kanak perempuan.


Tags / Kata Kunci: Michelle Obama , London , Malia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan