Korban MERS Ke-15 Korea Selatan

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2015 10:41 AM

Pasukan petugas melakukan semburan ubat sebagai langkah mencegah jangkitan MERS di kereta api bawah tanah di Seoul.

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Angka korban Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) mencecah kepada 15 selepas wabak yang semakin menular itu menjangkiti 145 orang dan memaksa hospital terbesar di negara itu menggantung hampir semua operasinya.

Kematian terbaharu MERS melibatkan seorang lelaki berusia 62 tahun yang meninggal dunia tengah hari Ahad di bandar pelabuhan Busan selepas dikesan menghidap wabak itu di Pusat Perubatan Samsung pada 7 Jun lepas.

Kementerian kesihatan turut mengesahkan tujuh kes baharu MERS, termasuk empat daripada hospital Samsung dengan menjadikan jangkitan keseluruhan seramai 145 orang.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang petugas paramedik yang membantu membawa seorang pesakit MERS ke hospital pada 7 Jun lalu turut dijangkiti virus itu.

Seorang pesakit baharu dijangkiti di bandar Daejeon, tengah Korea Selatan dan seorang lagi di Hwaseong, sekitar 43 kilometer ke selatan Seoul.

Dalam usaha menghalang jangkitan seterusnya dalam kalangan pesakit dan petugas perubatan, hospital Samsung menggantung hampir semua operasinya pada Ahad.

Presidennya, Song Jae-hoon berkata, fasiliti itu berhenti daripada merawat pesakit luar, menerima pesakit baharu atau melakukan pembedahan kurang penting.

“Tiada pelawat dibenarkan masuk. Kami akan membuat keputusan pada 24 Jun ini sama ada akan membuka semula hospital ini,” katanya susulan kritikan yang diterima kerana dikatakan gagal mengekang penularan MERS dalam kalangan petugas dan pesakitnya sejak beberapa minggu lalu.

Pusat Perubatan Samsung dilawati oleh lebih 8,000 pesakit pada setiap hari.

“Dua doktor dan tiga jururawat hospital Samsung telah dijangkiti setakat ini,” katanya lagi.

Terdahulu, pihak berkuasa menyatakan, jumlah keseluruhan mereka yang dikuarantin sama ada di hospital atau di kediaman sendiri meningkat lebih 800 kepada 4,856 orang, Ahad.

Sementara itu, wabak MERS di Korea Selatan merebak keluar negara apabila seorang rakyatnya dimasukkan ke hospital di ibu kota Slovakia, Bratislava kelmarin.

Wabak MERS yang melanda Korea Selatan ialah yang terbesar di luar Arab Saudi. – AFP



Tags / Kata Kunci: MERS , Korea Selatan , Busan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan