Hadiah Aidilfitri Jokowi Kepada Rakyat

Diterbitkan: Isnin, 15 Jun 2015 10:19 AM

Jokowi arahkan turunkan kadar tol antara 25 hingga 35 peratus menjelang Aidilfitri.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Menjelang Aidilfitri, Presiden Indonesia, Joko Widodo mengarahkan supaya kadar tol lebuh raya di negara itu diturunkan.

Merdeka.com melaporkan, langkah itu bagi meringankan beban pengguna lebuh raya di Indonesia sempena musim perayaan itu sebulan lagi.

Berdasarkan laporan portal itu, kadar tol itu mungkin dikurangkan 10 hari sebelum dan lima hari selepas hari lebaran.

"Pengurangan tol sebanyak 25 hingga 35 peratus," kata Presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi selepas mempegerusikan mesyuarat kabinetnya di sini, baru-baru ini.

Jokowi  berkata, penurunan itu dibuat kerana untuk meringankan beban pengguna, membahagikan kegembiraan dan bagi membantu pengguna menyalurkan duit itu untuk kegunaan lebaran.

Selain itu, Jokowi, juga mengarahkan Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Rini Soemarno dan Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat (PUPR) Basuki Hadimoeljono untuk menghapuskan bayaran  tol di jambatan Surabaya Madura (Suramadu) mulai 13 Jun lalu.


Tags / Kata Kunci: Jokowi , Suramadu , Aifilfitri

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan