Bekas Pemain Drum Nirvana Patah Kaki Ketika Konsert - Berita Dunia | mStar

Bekas Pemain Drum Nirvana Patah Kaki Ketika Konsert

Diterbitkan: Sabtu, 13 Jun 2015 9:42 AM

(Ubah saiz teks)

BEKAS pemain drum kumpulan Nirvana, Dave Grohl patah kaki selepas melompat dari pentas ke arah penonton dalam satu konsert yang diadakan di Gothenburg, Sweeden pada Jumaat.

Grohl yang menganggotai kumpulan Foo Fighters sejak 1994 hingga kini bagaimanapun masih meneruskan nyanyian serta bermain gitar walaupun dalam keadaan kaki terkulai.

Kejadian mengngerikan itu turut mengejutkan penonton kerana Grohl diberikan rawatan sambil bermain gitar.

Imbasan x yang dilakukan terhadap kaki Grohl.

Lebih malang buat ahli muzik itu, kejadian tersebut menimpanya ketika konsert baru memasuki lagu kedua.

Sebaik sahaja mengetahui kakinya telah patah, Grohl dengan spontan berkata," anda fikir anda mampu patahkan kaki saya hari ini, ya...kaki saya telah patah."

Grohl kemudiannya dibawa ke belakang pentas untuk menerima rawatan lanjut dan tidak lagi kembali di depan peminatnya.




Tags / Kata Kunci: Nirvana , Dave Grohl
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan