Taliban Serang Pegawai Kanan Polis Pakistan

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 5:14 PM

(Ubah saiz teks)

PESHAWAR: Seorang anggota polis terbunuh manakala enam lagi cedera selepas seorang pengbom berani mati yang dipercayai ahli kumpulan militan Taliban meletupkan diri di tengah jalan raya.

Menurut pegawai polis, serangan tersebut disasarkan kepada seorang pegawai kanan polis di barat laut Pakistan.

Dalam serangan itu, Timbalan Komandan Polis FRP, Malik ytang menjadi sasaran pemgebom mengalami kecederaan parah.

Pegawai kanan polis, Mian Saeed berkata, pengebom tersebut menaiki sebuah motosikal dan merempuh kereta Malik yang sedang dalam perjalanan ke pejabat.

"Salah seorang anggota polis terkorban dan empat yang lain cedera akibat serangan itu," katanya.

Saeed juga menjelaskan, pihak polis masih tidak mengetahui sama ada bahan letupan yang digunakan diletakkan di dalam vest atau dipenuhkan di bahagian motorsikal.

FRP adalah pihak berkuasa tambahan yang boleh dipanggil untuk membantu pihak polis apabila diperlukan.

Seorang lagi pegawai kanan polis, Rana Umar Hayat mengesahkan serangan tersebut dan memberitahu bahawa Tariq yang dirawat di hospital kerajaan kini berada di dalam keadaan kritikal.

Hayat juga menjelaskan letupan kereta tersebut juga mencederakan dua orang awam yang berada dekat dengan tempat kejadian.

Jurucakap Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu dalam satu kenyataan di laman web kumpulan berkenaan.

Pakistan telah bertarung dengan pemberontak Islam tempatan selama lebih satu dekad berikutan pencerobohan yang diketuai oleh Amerika Syarikat di Afghanistan pada lewat 2001.

Tentera Pakistan telah memulakan kempen besar-besaran untuk memerangi kumpulan Taliban serta militan yang lain di kawasan puak Waziristan Utara pada Jun tahun lalu.

Pihak berkuasa kini telah berikrar untuk memperhebatkan lagi operasi di kedua-dua kawasan sempadan dan di seluruh negara.

Tags / Kata Kunci: Pakistan , Taliban

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan