Media British Tidak Pertahan Warganya Bogel Di Gunung Kinabalu

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 3:00 PM

(Ubah saiz teks)

BEBERAPA media British tidak terlepas daripada melaporkan mengenai penahanan warga asing kerana berbogel di puncak Gunung Kinabalu yang melibatkan seorang rakyat negara tersebut.

Bagaimanapun, dalam laporan berkenaan, media British tidak menyebelahi wanita yang terlibat iaitu Eleanor Hawkins.

Kejadian tersebut dikatakan menjadi punca gempa bumi yang berlaku selang beberapa hari dan masyarakat Sabah menyatakan kelakuan 10 warga asing itu menunjukkan rasa tidak hormat kepada adat resam dan membangkitkan kemarahan roh-roh yang menetap di puncak Gunung Kinabalu.

Portal berita Daily Mail dan Mirror melaporkan mengenai tuntutan yang dibuat oleh pemimpin suku kaum di Sabah yang menegaskan kesemua warga asing terlibat untuk memberi 10 ekor kerbau sebagai denda atau akan dipenjarakan selama tiga bulan.

Laporan Daily Mail menyiarkan kenyataan yang dibuat oleh ketua puak etnik Sabah, Tindarama Aman Sirom Simbuna menegaskan agar kesemua warga asing membayar sogit atau denda yang dikenakan.

"Warga asing yang menaikkan kemarahan roh-roh di puncak Gunung Kinabalu itu perlu didenda di atas kesalahan mereka itu dengan memberi sogit.

"Sogit yang perlu diberikan adalah dalam bentuk 10 ekor kerbau jantan atau betina," kata Tindarama.

Mirror melaporkan, penduduk Sabah merasakan warga asing yang terlibat dalam insiden yang dikatakan menjadi punca gempa bumi yang berlaku itu perlu didenda mengikut adat dan tradisi mereka.

Portal berita tersebut juga menyiarkan kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joseph Pairin Kitingan yang menjelaskan warga asing tersebut perlu didenda kerana tidak menghormati Gunung Kinabalu.

"Mereka menunjukkan rasa tidak hormat kepada kesucian Gunung Kinabalu," kata Joseph.

Daily Star pula melaporkan kenyataan bapa Eleanor, Tim Hawkins yang berharap agar pihak berkuasa tidak menuduh kelakuan anaknya sebagai punca gempa bumi yang berlaku itu.

"Saya amat yakin dengan sistem kehakiman mereka dan saya berharap mereka tidak menjadikan anak saya serta orang lain yang terlibat sebagai punca gempa bumi itu berlaku," kata Tim.

Sekumpulan warga asing itu didakwa telah berbogel dan membuang air di atas Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu.

Insiden tersebut menjadi bualan ramai apabila mereka memuatnaik gambar bogel di media sosial.

Perbuatan mereka telah menaikkan kemarahan suku kaum Kadazandusun di Sabah apabila perbuatan itu dianggap sebagai satu penghinaan kepada tempat suci.

Gempa bumi sekuat 5.9 skala richter melanda Gunung Kinabalu serta beberapa kawasan lain telah mengorbankan 18 nyawa pada 5 Jun lalu.

Pihak polis telah menahan empat pelancong yang terlibat dalam insiden tersebut manakala enam yang lain masih lagi diburu.

Tiga pelancong lain yang berjaya ditahan adalah pasangan adik beradik yang berumur 23 dan 22 tahun serta seorang warga Belanda yang juga berumur 23 tahun.

Pihak polis juga percaya enam pelancong lain yang terlibat masih lagi berada di dalam negeri.

Tags / Kata Kunci: British

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan