Jumlah Korban Tanah Runtuh Nepal Meningkat Kepada 28

Diterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 3:46 PM

(Ubah saiz teks)

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 28 orang maut dan beratus lagi hilang apabila berpuluh-puluh rumah dilanda tanah runtuh di enam kampung di daerah Taplejung di timur Nepal pada Rabu malam.

Setakat ini, 28 mayat berjaya dikeluarkan daripada runtuhan rumah dan jumlah ini mungkin meningkat memandangkan beratus orang dilaporkan hilang, kata pegawai polis Taplejung DSP Shanti Raj Koirala dalam temu bual melalui telefon dengan Bernnama.

Setakat ini belum pasti lagi berapa banyak yang maut apabila tanah runtuh dan limpahan air sungai menghanyutkan beberapa rumah dan penduduk," katanya.

Menurut beliau, penduduk di beberapa kampung yang terdedah kepada kejadian tanah runtuh telah berpindah ke tempat lebih selamat, tetapi kebanyakan mereka tidak dapat dihubungi.

Lebih 20 orang mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital berdekatan untuk dirawat, kata polis.

Hujan lebat pada awal musim monsun menyebabkan berlaku tanah runtuh di beberapa kampung di daerah terbabit.

Selain meragut nyawa penduduk, tanah runtuh juga merosakkan harta benda bernilai beratus ribu dolar, kata Devi Prasad Fago, seorang pegawai polis di Taplejung.

Beliau berkata, usaha keras penduduk tempatan dan anggota Polis Nepal dalam menjalankan kerja menyelamat terhalang oleh cuaca buruk.

Dua pasukan tentera dan polis Nepal juga dikerah untuk memberi bantuan kepada penduduk di daerah utara Nepal itu, yang bersempadan dengan India dan China.

Lazimnya, hujan musim monsun di Nepal bermula pada 10 Jun dan berakhir pada minggu ketiga September setiap tahun.

Cuaca ini selalunya menyebabkan berlaku tanah runtuh di kawasan berbukit dan banjir di wilayah selatan negara ini, yang mengakibatkan kerosakan harta benda bernilai berjuta dolar.

Musim monsun kali ini dijangka mengakibatkan lebih banyak kejadian tanah runtuh dan banjir berikutan keadaan tanah yang lemah setelah dilanda gempa bumi dahsyat pada 25 April serta gegaran susulan.

Tags / Kata Kunci: Nepal

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan