Ibu Christiano Ronaldo Ditahan Pihak Berkuasa Sepanyol

Diterbitkan: Selasa, 9 Jun 2015 2:23 PM

(Ubah saiz teks)

IBU kepada bintang bola sepak terkenal Real Madrid, Christiano Ronaldo ditahan oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Barajas, Madrid kerana didapati ingin meninggalkan negara berkenaan dengan membawa sejumlah besar wang tunai pada bulan lalu, lapor akhbar El Mundo.

Ibunya, Dolores Aveiro, 60, yang sering menghabiskan masa bersama anaknya yang merupakan seorang jutawan bola sepak di kediaman mewah mereka di luar wilayah Madrid, ditahan pihak polis di Barajas selepas mendapati sebuah bagasi yang dipegangnya penuh dengan wang tunai berjumlah €55,000 (RM234,000).

Undang-undang menetapkan bahawa setiap pelancong hanya dibenarkan membawa keluar sejumlah wang tunai tanpa mengisytiharkan pemindahan dari Sepanyol adalah sebanyak €10,000 (RM42,500).

Menurut akhbar Spanish Daily, Aveiro didapati tidak mengisi borang deklarasi yang disediakan dan kemudiannya ditahan oleh ejen pengawal awam lapangan terbang selama beberapa minit sebelum lebihan wang tunainya dirampas.

Bagaimanapun, dia hanya dibenarkan berlepas ke Portugal dengan membawa €10,000 (RM42,500) sahaja.

Selain itu, Aveiro akan dikenakan saman sekurang-kurangnya €600 (RM2,500) atas cubaan untuk mengeksport wang tunai keluar secara haram. Dia hanya boleh mengambil semula wang lebihan yang dirampas berjumlah €45,000 (RM191,000) selepas membayar saman.

Sementara itu, segmen selebriti di akhbar Sepanyol sejak beberapa minggu lalu memaparkan gambar Ronaldo bersantai di sebuah kapal layar milik seorang hartawan runcit British, Sir Philip Green.

Tambah lagi, selepas berpisah dengan model Rusia, Irina Shayk baru-baru ini, Ronaldo memilih untuk memulakan percutian musim panas bersama rakan lamanya seperti Miguel Paixao, salah seorang pemain Sporting Lisbon Junior.

Menurut akhbar Portugis, Correio de Manhã, hubungan Ronaldo dan Shayk musnah pada Krismas lalu disebabkan Shayk tidak menghormati ibu Ronaldo.

Ketika pasangan bahagia itu sedang bercuti di Dubai, Ronaldo bercadang untuk pulang ke kediamannya di Madeira untuk membuat kejutan terhadap ibunya sempana hari jadi yang ke-60 pada 31 Disember.

Shayk dilaporkan enggan menemani Ronaldo menghadiri majlis hari jadi itu dan pada Januari, bekas pemain Manchester United itu bertindak memaklumkan kepada umum mengenai hubungan selama lima tahunnya itu sudah sampai ke penghujung.

Tags / Kata Kunci: Real Madrid , Sepanyol

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan