Wanita Letupkan Diri

Diterbitkan: Isnin, 8 Jun 2015 10:08 AM

(Ubah saiz teks)

MAIDUGURI: Seorang pengebom berani mati wanita membunuh dua orang awam selain mencederakan empat yang lain apabila meletupkan dirinya di sebuah pusat pemeriksaan tentera di timur Nigeria.

Pesuruhjaya Polis negeri Borno, Aderemi Opadokun berkata, pengebom berani mati itu meledakkan bahan letupan yang diikat pada badannya berhampiran lebuh raya Baga-Monguno.

Menurutnya, empat mangsa tercedera dalam serangan keenam di kawasan timur Nigeria sejak Muhammadu Buhari dilantik menjadi presiden yang baru pada 29 Mei.

Mengikut rekod, sebanyak 11 serangan telah dibuat dan mengorbankan 93 nyawa setakat ini.

Dalam pada itu, Opdokun juga berkata, satu letupan berlaku di Kampung Tungushe di daerah Konduga, Borno, kira-kira 35 kilometer melalui jalan raya arah selatan ibu negeri Borno Maiduguri pada pukul 9.30 pagi pada Sabtu.

"Dua orang awam dilaporkan cedera dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan," katanya dan menasihati orang awam supaya berwaspada untuk menghalang serangan dilakukan.

Setakat ini tiada tuntutan yang dibuat mengenai kejadian itu tetapi penglibatan kaum wanita sebagai pengebom berani mati menunjukkan ciri-ciri penduduk Boko Haram yang menggunakan pengebom berani mati wanita dan bahan letupan buatan sendiri dalam pemberontakan selama enam tahun.

Buhari yang berlepas ke Jerman untuk menghadiri mesyuarat sidang kemuncak G7 negara-negara utama perindustrian, mahu menundukkan pihak Boko Haram dan menjadikan ia sebagai keutamaan dalam pentadbirannya.

Bekas pemerintah tentera berusia 72 tahun itu tiba di Eropah dengan senarai keinginannya kepada pemerintah G7 untuk membantu Nigeria termasuk untuk membangunkan semula ekonomi negara yang goyah serta meningkatkan kuasa, menangani rasuah dan meningkatkan urus tadbir.

Buhari menjelaskan keselamatan merupakan isu utama negara itu.

"Kami mempunyai masalah dan mereka tahu mengenainya," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada petang Ahad.

Kenyataan tersebut juga menerangkan, Buhari telah menggunakan kesemua peluang yang ada sebelum beliau menghadiri mesyuarat untuk membincangkan keperluan Nigeria dalam menangani ekstremisme.

Tags / Kata Kunci: Nigeria , Boko Haram

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan