Istana Siar Gambar Pertama Putera George Bersama Puteri Charlotte

Diterbitkan: Ahad, 7 Jun 2015 2:50 PM

Putera George sedang mencium adiknya, Puteri Charlotte.

(Ubah saiz teks)

LONDON: Gambar pertama Putera George bersama adik perempuannya, Puteri Charlotte dikeluarkan Istana Kensington pada Sabtu.

Dalam gambar tersebut, Putera George sedang mencium adik perempuannya itu.

Empat gambar yang diambil oleh ibu mereka, Duchess of Cambridge, Kate Middleton, menunjukkan Putera Geogre yang berusia 21 bulan duduk di atas sebuah sofa sambil memegang adiknya itu.

Potret tersebut diambil ketika Puteri Charlotte yang lahir pada 2 Mei lalu berusia kira-kira dua minggu.

Mereka dibawa ke Anmer Hall, rumah agam milik Putera William dan isterinya, Kate di atas tanah estet persendirian milik neneknya, Ratu Elizabeth di Norfolk, timur England.

Putera George bersama adiknya.

Putera George dan Puteri Charlotte masing-masing memakai baju berwarna putih.

Gambar Putera George jarang dikeluarkan.

Hanya beberapa keping gambar sahaja yang dikeluarkan dengan Putera George jarang dilihat di khalayak ramai.

Gambar pertama Putera George yang dikeluarkan di rumah mereka untuk tatapan ramai sejurus selepas kelahirannya diambil oleh bapa Kate, Michael Middleton.

Putera George kali terakhir dilihat di khalayak ramai apabila bapanya, Putera William ketika menuju ke hospital untuk melihat adiknya yang baharu sahaja dilahirkan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan