Sukan SEA : Pengacara Sharon Au Mohon Maaf Kenyataan Kurang Sensitif

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 7:46 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Bekas pelakon MediaCorp, Sharon Au memohon maaf atas percubaan meniru loghat India semasa pra-persembahan Majlis Perasmian Pembukaan Sukan SEA di Stadium Negara pada Jumaat. 

Au, yang juga ditugaskan sebagai pengacara berganding bahu bersama pelakon Chua Enlai serta penyampai televisyen Nikki Muler, menulis di laman sosial Facebooknya pada pagi Sabtu; "Ia sepatutnya menjadi lawak jenaka komik namun saya sedar bahawa ia tidak mempedulikan perasaan orang lain. Saya memohon maaf dengan ikhlas kepada sesiapa yang terasa dan tersinggung secara tidak sengaja,".  

Wartawan Agensi Berita Perancis (AFP) Bhavan Jaipragas, menuduh Au menggunakan loghat India dengan pekat untuk mempersenda-sendakan seorang gadis berbangsa India yang duduk di kerusi penonton. Dia turut berkata bahawa Au mempermainkan nama gadis tersebut. 

Jaipragas memuatnaik status di Facebook untuk menggesa Au serta kru penganjuran untuk memohon maaf. 

"Menerusi segmen interaksi bersama penonton sebelum acara perasmian Sukan SEA di Stadium Nasional bermula, pengacara Sharon Au mendekati seorang gadis India yang duduk di kerusi penonton. 

"Gadis tersebut tidak menyampaikan ucapan menyambut kontinjen asing dengan betul.

"Au, bercakap menggunakan mikrofon sambil kamera tertumpu kepadanya, dengan serta merta bercakap dengan loghat India, menggoyangkan kepalanya ke kiri dan kanan sambil bertanya kepada gadis tersebut: "Apa (Vat) yang terjadi? Apa yang terjadi?" jelasnya.  

Sementara itu, Au yang kini tidak aktif dalam dunia lakonan kerana memberi perhatian dalam bidang pengacaraan selepas tamat pengajian di luar negara pada 2011 untuk menjawat jawatan eksekutif di MediaCorp.

Tags / Kata Kunci: Sukan SEA 2015

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan