Dron Pantau Pelajar Tiru Peperiksaan

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 1:01 PM

(Ubah saiz teks)

KENDERAAN udara tanpa pemandu (UAV) atau dron akan digunakan sebagai pemantau ketika pelajar sedang menduduki peperiksaan kelayakan bagi kemasukan universiti di China untuk mengelakkan mereka daripada meniru, lapor media tempatan. 

Pegawai di Luoyang, China, menggunapakai kaedah berteknologi tinggi itu untuk mengawasi di samping merakam keadaan pelajar ketika menduduki peperiksaan yang sukar di China.

Dron tanpa bunyi itu akan berterbangan di udara semasa peperiksaan yang turut dikenali sebagai 'gaokao' yang diduduki lebih sembilan juta remaja setiap tahun. 

Alat berteknologi tinggi itu akan menggunakan putaran 360 darjah untuk mengesan sebarang isyarat radio mencurigakan yang dihasilkan daripada fon telinga pelajar untuk mendapatkan jawapan di dewan peperiksaan.

Menurut agensi berita dalam talian tempatan, People's Daily Online, dron tersebut mampu terbang di udara selama setengah jam dan mengesan aktiviti pada ketinggian sehingga 1,649 kaki.

Selain itu, peperiksaan yang mengambil masa selama dua hari itu merupakan antara peperiksaaan paling sukar selain mempunyai kuota yang terhad bagi kemasukan ke universiti, menjadikan sebagai salah satu punca tekanan kepada pelajar sehingga mereka terpaksa mengambil keputusan untuk meniru.

Hanya seramai 6.5 juta pelajar sahaja yang layak diterima, menyebabkan satu daripada tiga pelajar yang tidak berjaya untuk meneruskan pengajian. - MAILONLINE

Tags / Kata Kunci: dron

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan