Angka Kematian Kapal Karam China Meningkat 396 Mangsa

Diterbitkan: Sabtu, 6 Jun 2015 5:15 PM

(Ubah saiz teks)

JIANLI: Angka kematian kapal pelayaran China yang karam dalam ribut di Sungai Yangtze meningkat kepada 396 mangsa, manakala 50 lagi masih hilang, pada masa sama pengendali kapal turut memohon maaf dan berjanji untuk bekerjasama dalam siasatan yang sedang dilakukan pihak berkuasa.

Seramai 14 mangsa terselamat selepas kapal yang membawa 456 penumpang itu terbalik dalam kejadian puting beliung pada malam Isnin. 

Pasukan penyelamat sedang giat mencari mangsa yang masih terkandas. 

Selain itu, tingkat atas dan bawah kapal yang mempunyai empat tingkat itu kini menjadi fokus operasi mencari, namun dengan tahap kerosakan yang tinggi menyebakan pasukan menyelamat sukar untuk bergerak dan kemungkinan akan mengambil sedikit masa untuk menamatkan pencarian, lapor stesen televisyen tempatan. 

Beijing berjanji untuk 'tidak berselindung' dalam siasatan. 

Polis menahan kapten serta ketua jurutera sebagai sebahagian daripada proses penyiasatan. Satu siasatan awal mendapati kapal tersebut tidak melebihi muatan dan mempunyai jaket keselamatan yang mencukupi di atas kapal. 

Sementara itu, bencana tersebut mencatatkan kadar kematian paling tinggi selepas kejadian feri tenggelam di Korea Selatan pada April 2014 yang mengorbankan 304 mangsa.

Ia juga merupakan malapetaka terburuk yang berlaku di China dalam tempoh tujuh dekad.
Tags / Kata Kunci: Kapal Karam China

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan