BBC Mohon Maaf Kerana Kesilapan 'Tweet' Ratu Elizabeth Mangkat

Diterbitkan: Khamis, 4 Jun 2015 8:31 AM

(Ubah saiz teks)

PENYIAR BBC terpaksa membuat permohonan maaf selepas salah seorang wartawannya menulis kenyataan di Twitter mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth pada Rabu selepas dia mengingatkan latihan mengenai berita kemangkatan diraja itu adalah benar.

Portal Mirror melaporkan wartawan penyiaran BBC, Ahmen Khawaja mencetuskan kekecohan apabila dia menulis "Elizaberth (sakit) telah mangkat: @BBCWorld."

Bagaimanapun, dia tidak menyedari bahawa laporan yang ditontoninya di studio BBC merupakan rutin latihan untuk pemberitahuan kemangkatan ketua negara United Kingdom itu di mana kakitangan tersebut diminta untuk tidak memaklumkannya di media sosial.

Menyedari kesilapan itu, Khawaja dengan segera memadamkan 'tweet' berkenaan dan memohon maaf tetapi dia kini berhadapan dengan tindakan disiplin di atas perkara tersebut.

Bagaimanapun, yang menghairankan apabila dia turut menulis di Twitter bahawa Ratu Elizabeth dirawat di Hospital Kingd Edward VII tetapi secara kebetulan baginda sebenarnya memang melakukan pemeriksaan kesihatan pada pagi Selasa. 

King Edward VII merupakan hospital yang sering digunakan oleh kerabat diraja menyebabkan ia sebagai kemungkinan bahawa diberitakan sebagai latihan pemberitahuan kematian.

BBC dalam satu kenyataan berkata: "Semasa latihan teknikal untuk berita kemangkatan, seorang wartawan penyiaran BBC telah tersilap menulis di Twitter bahawa seorang kerabat diraja telah nazak.

"Tweet berkenaan telah dipadam segera dan kami memohon di atas sebarang kesilapan."

Kenyataan BBC bagaimanapun tidak merujuk kepada 'tweet' mengenai kemangkatan Ratu Elizah tetapi sumber penyiar itu mengesahkan ia berhubung kesilapan 'tweet' Khawaja. 

Seorang jurucakap menambah: "Berikutan insiden pada pagi tadi, satu siasatan dilakukan sebagai sebahagian daripada tindakan disiplin yang dibuat oleh BBC." - MIRROR

Tags / Kata Kunci: Ratu Elizabeth

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan