England & Wales Tetapkan Larangan Ibu Bapa Merokok Dalam Kereta Dinaiki Anak

Diterbitkan: Rabu, 3 Jun 2015 8:50 AM

(Ubah saiz teks)

ENGLAND dan Wales menetapkan larangan ibu bapa merokok di dalam kereta yang turut dinaiki anak mereka dan denda sebanyak £50 (RM282.47) akan dikenakan sekiranya melanggar peraturan itu.

Portal Mirror melaporkan keputusan itu disahkan oleh beberapa ahli politik Wales pada Selasa yang menyambut baik larangan itu dengan 46 orang memberikan sokongan dan hanya seorang yang membantah.

England sudah menetapkan larangan merokok di dalam kereta yang dinaiki anak dan peraturan itu di kedua-dua negara berkenaan akan berkuatkuasa pada 1 Oktober.

Kumpulan prihatin kesihatan memberi amaran bahawa setengah juta kanak-kanak menghirup asap rokok ibu bapa mereka setiap minggu.

Pakar berpendapat bahawa tabiat merokok di dalam kereta lebih berbahaya berbanding di rumah kerana ruang yang terhad selain menghirup bahan toksik lebih memberi kesan kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Malah sekiranya tingkap kereta dibuka, sebanyak 4,000 bahan kimia dalam rokok yang dinyalakan itu boleh berada di udara selama empat jam sehingga mengakibatkan penyakit asma dan radang paru-paru.

Kumpulan prihatin kesihatan itu kini menggesa supaya Scotland dan Ireland Utara turut memperuntukkan undang-undang yang sama. 


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan